Tempat menarik di Cameron Highlands

Cameron Highlands..

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highland ,destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan beberapa tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada di sana nanti.

1. MARDI Agrotechnology Park


Mardi Agrotechnology Park
Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.
Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.
Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm) | Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm) | Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
Lokasi:  JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

2. 5D Art Muzium


5D Muzium Cameron Highland
Baru-baru ini terdapat sebuah kompleks membeli belah baru sahaja dibuka bernama Cameron Square. Apabila dibandingkan dengan shopping kompleks yang lain ia unik sedikit kerana didalam bangunan ini terkandung sebuah muzium yang luar biasa.
5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2,  dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.
Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am-10pm)
Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

3. Lata Iskandar


Lata Iskandar
Dalam perjalanan ke Cameron Highland, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.
Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.
Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4. Ladang Teh Boh

Ladang Teh Boh Cameron
Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.
Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.
Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

5. Rose Centre

Rose Centre Cameron
Rose Centre Kea Farm terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihias dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00am)
Lokasi: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland




Comments

Post a Comment