KLCC (Petronas Twin Tower)

  Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur.
 
INFO:
-Arkitek bagi Menara Berkembar Petronas ialah seorang arkitek dari negara Argentina yang bernama César Pelli. Kedua-dua menara berkembar ini dibina oleh kontraktor yang berlainan. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya mempunyai berat 750 tan.
 
-Petronas Malaysia merupakan pemilik kepada bangunan yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia sebelum 2004 ini. Menara Berkembar Petronas menggunakan permukaan bangunan yang berkaca dan direka untuk menyerupai motif kesenian Islam yang mencerminkan Malaysia sebagai negara Islam. Menara Berkembar Petronas ini mempunyai 88 tingkat dan mempunyai 32000 tingkap. Pembinaan Menara Berkembar tertinggi di dunia ini telah menelan kos sebanyak 1.2 Billion USD. Menara 1 telah diduduki sepenuhnya oleh pemilik menara, iaitu Petronas manakala Menara 2 tebuka untuk diduduki oleh syarikat lain. Antara syarikat yang bertapak di Menara 2 ialah Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, Krawler Networks, Microsoft dan Reuters. Terdapat sebuah bangunan perkhidmatan yang terletak di timur Menara Berkembar Petronas yang diperlukan untuk menjaga bangunan operasi. 

-Seorang pendaki bebas perancis, iaitu Alain Robert, pernah mencuba untuk memanjat Menara Berkembar Petronas pada 20 Mac 1997 dan 20 Mac 2007, namun gagal setelah ditanngkap polis. Namun, pada 1 September 2009, Alain telah berjaya memanjat Menara 2 hanya dengan tangannya sendiri tanpa bantuan keselamatan lain.
 
-Menara Berkembar Petronas juga mempunyai sebuah galeri seni, dewan konsert 840 tempat duduk, dan tempat letak kereta bawah tanah.  Di aras bawah Menara Berkembar Petronas terdapat pusat membeli-belah, Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, rumah Orkestra Filharmonik Malaysia. Terdapat 10 tangga eskalator di setiap bangunan Menara Berkembar Petronas. Bayaran masuk ke Menara Berkembar Petronas adalah percuma, tetapi ianya terhad kepada beberapa jumlah tiket ditetapkan pada setiap hari.

Comments